Jom Chat !

Jaulah ^_^ (Umm Qaisy)

Assalamualaikum..alhamdulillah atas semua nikmat yang Allah kurniakan kepada aku lagi. Sambungan jaulah aku bersama Permata, Jordan. Tempat ketiga pulak UMM QAISY, Subhanallah cantik gileess tempat ni, aku rasa tenang gila time dok tempat ni. Suasana yang sungguh cantik, nyaman, dengan banyaknya tumbuh-tumbuhan hijau. Diikutkan cerita yang aku dengar tempat ini mempunyai sebuah tasik yang dinamakan Tasik Tobari. Tasik ni jadi rebutan 3 buah negara kat kawasan tu Jordan, Israel dan Syria. Tasik ni jugak dijadikan sumber bekalan utama masyarakat2 yang ada kat kawasan tu, bekalan minuman, tanaman dan ternakan. Kawasan ni memang subur giless..


Umm Qaisy menurut sejarah dikenali sebagai Gadara merupakan Decapolis (salah satu daripada himpunan 10 buah kota dan himpunan kota ini adalah bebas walaupun di bawah pemerintahan Roman) Greco-Roman yang unik lantaran pernah dikuasai empat kuasa besar dimulai oleh Greek
seterusnya Roman , Byzantine dan akhirnya empayar Uthmaniyyah. Kedudukan Umm Qaisy yang strategik kerana terletak di hujung Jordan yang dikelilingi Sungai Yarmouk di utara, hutan berbukit 'Ajlun di selatannya, dataran tinggi Irbid di timur dan lembah Jordan yang subur di baratnya menarik perhatian banyak kuasa.

Umm Qaisy telah terjejas kesan daripada gempa bumi yang kuat suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, kesan tinggalannya masih mampu memberi pengajaran dan memaparkan kehebatan umat pada zaman dahulu yang mampu membina kota yang terbina dengan gahnya. Walau bagaimanapun banyak iktibar yang dapat kita ambil hasil penjelajahan ini dimana Allah SWT telah menunjukkan kepada kita bahawa sehebat manapun kaum itu atau sekukuh manapun binaannya Allah hanya menghantar gegaran yang sedikit sahaja sudah mampu menggoyahkan kekukuhan binaan yang diagung-agungkan dan melunturkan keegoan mereka.





SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Like?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers