Jom Chat !

Jaulah ^_^ ('Ajlun)


Assalamualaikum..alhamdulillah,ni sambungan cerita jaulah yang aku pi ritu, tempat kedua yang kami lawati. Tapi kami tak dan (tak sempat) nak masuk pun dalam kubu pertahanan ni, sebabnya tidak cukup masa untuk kami lawat tempat selepas tu iaitu Umm Qaisy..Insyaallah lepas ni aku cerita pasal Umm Qaisy pulak..^^


Ajlun merupakan sebuah muhafazah (negeri) yang terletak di utara negara Jordan. Negeri ini bersempadan dengan muhafazah Irbid dan Jerash. 'Ajlun terdapat sebuah kota pertahanan yang kekal kukuh dikenali dengan Qala'ah Ar-Rabad. Ia terletak di sebuah puncak bukit, 5km dari pusat bandar Ajlun.

Sejarah Kota Ar-Rabad

Kota ini telah dibina oleh Panglima Izzudin Usamah merupakan anak saudara kepada Panglima Sallehuddin Al-Ayubi. Izzudin Usamah terkenal sebagai pemimpin yang hebat disebabkan beliau berjaya menguasai jalan perdagangan antara Syria hingga selatan negara Jordan pada ketika itu. Tujuan kota Ar-Rabad ini dibina ialah untuk mengintip pergerakan tentera salib dan sebagai kota yang berfungsi sebagai penguasa terhadap lombong-lombong besi yang terdapat di pergunungan 'Ajlun.

Al-Malik Adil telah mengambil alih kota ini di antara tahun 1198 hingga 1218. Kemudian ini diperintah pula oleh Muazzam Isa dan beliau menambah sebuah lagi menara di bahagian barat daya kota pada tahun 611 hijrah. Selepas perang salib sebahagian kota ini telah roboh dan dimusnahkan oleh tentera Mongol sekitar tahun 1260 masihi. Namun ia dibina smula ketika zaman pemerintahan kerajaan Mamluk oleh Sultan Zahir Baibar.

Pada abad ke-17, kota ini dijadikan penempatan tentera oleh kerajaan Turki Uthmaniah dan kini kerajaan Jordan telah membelanjakan wang yang banyak untuk membaik pulih kota ini dan menjadikan ia sebagai salah satu lokasi sejarah utama di Jordan..



SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Like?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers