Jom Chat !

Jaulah ^_^ (Petra)

Assalamualaikum WBT..aku teruskan cerita aku pasal jaulah hari tu, tempat kelima iaitu tempat yang diberi nama PETRA, perrrggghh ~ stylo oooo..ni kali kedua aku mai tempat ni, tapi yang first2 dulu aku tak dan (tak sempat) nak jelajah semua tempat kat sini sebabnya ada sorang pak and budak arab wat kacau. Aku teringin nak naik himar (keldai) pastu aku tanya la arab tu, first2 dia kata sedinar ja,aku pon naik la,pastu time turun dia minta 5 dinar ka brapa tah, tapi memang tinggi la..kuajaq toi arab-arab pembohong tu ! pastu kami cakap ngan dia, nak bawa dia jumpa polis kat kawasan tu. Time dok jalan-jalan nak pi kat polis tu, sambil-sambil kami dok bergambar tengok-tengok pak and budak arab tu dah hilang..hahaha,tau pon takoot ! :P kat sini polis ja yang boleh caya pon,..nak harap pak-pak arab, kebanyakkanya pembohong belaka, tapi tak semua la..ramai jugak yang baik..ermm,ok..sambung balik cerita pasal jaulah kali ni.

Kami semua masuk lebih kurang pukul 11 camtu lah, pastu keluaq dalam pukul 4 lebih (maghrib)..haha,lama gileesss..masuk saja pon ambil masa dalam 3 jam lebih dah. Alhamdulillah, kali ni aku berkesempatan untuk sampai ke puncak kat Petra nih..waaaah,memang cantik ~ rugi kalau sapa tak naik kat atas tuh (siap nampak Malaysia g..hehe) tapi memang macam nak terlucut ja lutut aku..haha, tapi yang stylonya ada jugak pendaki2 akhawat Mu'tah yang berjaya naik sampai atas..waah,tahniah2 !! hampa kuat padat~ ^_^ akhawat pon boleh naik sampai atas,malu la kalau ada syabab yang tak larat naik..kan2?hehe..ermm,apa-apa pun tempat ni memang style, binaan-binaan zaman dulu, aku terpikiaq jugak orang-orang zaman dulu guna alat apa untuk potong batu-batu tu, pastu siap ngan ukiran-ukiran yang style lagi. bukan senang kot nak wat semua tu~ dahla banyak pulak tuh..wow,hebat2 jugak orang dulu, pemikiran yang sungguh kreatif ! tabik springg~~


Petra (Greek "Πέτρα" (Petra) yang bermaksud batu;Bahasa Arab: [( البتراء) Al-Batra] merupakan bandar arkeologi yang bersejarah dalam kerajaan Ma'an, Jordan yang mempunyai seni bina batu potong dan sistem saliran air. Ia ditubuhkan beberapa ketika di sekitar kurun ke-6 SM sebagai ibu kota Nabataens, ia adalah simbol pelancongan dan tempat tarikan yang paling kerapdilawati di Jordan. Ia terletak di lereng Gunung Hor, antara gunung yang membentuk sayap timur Arabah (Wadi Araba), lembah besar yang terletak di Laut Mati ke Teluk Aqaba.

Petra telah dipilih sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Baru Dunia padan tahun 2007 dan sebagai Tapak Warisan Dunia sejak tahun 1985. Petra telah dipilih juga oleh BBC sebagai salah satu "40 tempat-tempat yang anda perlu lihat sebelum kamu mati"

Tapak ini masih tidak diketahui oleh dunia Barat sehingga 1812, apabila ia diperkenalkan oleh Swiss explorer Johann Ludwig Burckhardt. Ia telah digambarkan sebagai "Bandar setengah merah seperti bunga mawar mengikut peredaran masa" oleh John William Burgon dalam Newdigate yang memenangi hadiah sonet.

UNESCO telah menggambarkan Petra sebagai "salah satu daripada khazanah yang paling berharga dlaam warisan kebudayaan manusia"


Bersama pak arab, aku minat tengok dia punya pisau yang selit kat pinggang dia tu,
pastu aku mintak la kat dia nak ambil, tengok2 tu pisau mainan ja..hahaha ! kantoi teruih~

Kuda dok couple,hehe..sebelah tu arab mana tah,minat tengok baby arab,cute !
yang gambaq bawah tu Petra time dah masuk maghrib,cntik kan?

Berada di puncak..yeeeaah :)

Di puncak..seberang tu Malaysia,hahaha..

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Like?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers