Home
Archive for
March 2011
SPM 2010
Pertama2 kalinya bersyukur ak ke hadrat Ilahi coz telah bagi kejayaan kpdaku dLam SPM wlaupun kputusanku xsberapa elok…huhu..sdEy2~(tp ok jgAk laaH..hehe)…ermm,ape2 poN tahniah kepada shabat2ku yg telah brjye dy jyanya dalam kputusan SPM tu kan..trutamanya shabat senakalku (tp ak nakal g) ILYAS.,wah2~dy ni dpat straight A smua sbjek yg dy amik (cyelah pak yeh,ag mmang pndai sokmo deh)xlupa jgak ak kat smua shbt2 ak kat Maktab Mahmud Padang Terap (Ariff Adli, Nazreen, Safri, Ashrof, Sofi, Akram, Abu, Aidil, Amin, Eizzat, Zulhusni, Habib, Anuar, Alif, Azlan, Haris, Faiz, Syamim, Al-Haris, Nurullah, Faidhullah, Luqman)ni laa smua kwan2 skelas ak dulu, rindu btoi kenangan2 kmi dulu (mkan2, berenang dlam kolam renang MMPT, men futsal stiap masa, bg pecah cermin tgkap brsama2, kluaq outing ikot dan ja,menyanyi xtentu hala, main mercun..hahA,ni la aktiviti2 kmi)tringat plak makcik2 yg dok msak kat kmi tyme SPM dulu, cik bibaH,Long,rindu msakan depa..huhu~
…ermm,ok2!!..berbaLik kpada perihaL tntg driku...pkiq2 bLik, ape ye plan ak pasni??..STAM mybe ak xtruskan da kot cOz ak mmg xmnat b.arAb n ngapai2 niH..huhu..(
Jeongmal, gamsahabnida (sekian,trima kasih)
Gambar-Gambar Kenangan...Huhu~
Cerita lawak tidak kering gusi~
Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.. Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...
Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.
Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba...... Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya...
Cerita 2-Kencing
Satu hari Chot terbangun mlm. Dia nak terkencing. Dia pun
masuk bilik air.
Chot sungguh terkezut bila lampu tu terbuka sendiri.
Lepas kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu toilet... Sekali lagi dia terkejut bila lampu toilet tu tertutup sendiri...
Cepat-cepat dia kejut kan bini dia yang tengah lena tidur.
Dia pun menceritakan hal yg terjadi kat toilet tadi..lampu tu terbukak dan padam sendiri.
Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata.. "Dah... dia buat dah perangai lama...
Awat
hang kencing dlm peti ais...???
Cerita 3-Pak Pandir
Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
"Bentuk macam taik."
Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
"Lembik...macam taik."
Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas
tu dia berkata, "Bau macam taik."
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik
berkenaan dia pun menjerit...
"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"
Loghat mana lebih munasabah ?
Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat timur?
Jawapannya : Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada".
"Dia pi ghumah nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".
Loghat Pantai Timur (Kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok".
KESIMPULAN : Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya
tidak ada memang munasabah
Alahai...dah tunang rupanya ya~
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
Sekiranya kita memang betul-betul sudah menjadi tunangan orang, bacalah artikel 'Disiplin Islam Dalam Pertunangan' dan 'Bagaimana Bercouple Cara Islam?'
- Artikel iluvislam.com
- Artikel diolah dari ceramah Ustaz Azhar Idrus.
10 SITUASI LELAKI YG HARUS WANITA FAHAMI
Lelaki...
1. Bila si dia sibuk........ Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.
2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.
4. Bila si dia panas baran........ Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.
5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.
6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.
7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.
8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.
9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.
10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)