joM ikUt bLog niH ^_^

Like?

Sunday, January 29, 2012

Sanah Helwah Abg Long


Assalamualaikum..kali ni aku tujukan post aku ni kat abang sulong aku MOHAMAD ASHRAF, selamat hari lahir abg yang ke-25, merupakan anak sulung dalam keluarga kami, baru menghabiskan pengajian beliau di peringkat ijazah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan ilmu wahyu, merupakan seorang abang yang penyayang tapi garang padat (deret aku kena marah ngan dy~)haha..moga abang dipanjangkan umuq, dimurahkan rezeki, jadi anak yang soleh dan moga-moga abang diberi kekuatan untuk terus berusaha dan berusaha sehingga abang berjaya mencapai apa yang abang impikan..ermm, semoga abang dapat bertemu jodoh cepat-cepat kit naa, xsabaq nak dapat kak ipaq nih, pastu yang ceq nak sekali anak menakan..hahaha :) sO,cepat-cepat la kawen noo..hehe,umuq pon dah masuk 25 dah ni..kalau orang len kawen dah eih,hahaha..tapi kena support bagi ceq and abg lang blik la time nak buat kenduri tu nah?..apa-apa pon ceq sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan abang..Sanah Helwah ya Akhi..may ALLAH bless u always..^_^



Terima kasih sudi baca......ziarah la lagi ye blog nih!! ^_~

Wednesday, January 25, 2012

Jaulah ^_^ (Petra)

Assalamualaikum WBT..aku teruskan cerita aku pasal jaulah hari tu, tempat kelima iaitu tempat yang diberi nama PETRA, perrrggghh ~ stylo oooo..ni kali kedua aku mai tempat ni, tapi yang first2 dulu aku tak dan (tak sempat) nak jelajah semua tempat kat sini sebabnya ada sorang pak and budak arab wat kacau. Aku teringin nak naik himar (keldai) pastu aku tanya la arab tu, first2 dia kata sedinar ja,aku pon naik la,pastu time turun dia minta 5 dinar ka brapa tah, tapi memang tinggi la..kuajaq toi arab-arab pembohong tu ! pastu kami cakap ngan dia, nak bawa dia jumpa polis kat kawasan tu. Time dok jalan-jalan nak pi kat polis tu, sambil-sambil kami dok bergambar tengok-tengok pak and budak arab tu dah hilang..hahaha,tau pon takoot ! :P kat sini polis ja yang boleh caya pon,..nak harap pak-pak arab, kebanyakkanya pembohong belaka, tapi tak semua la..ramai jugak yang baik..ermm,ok..sambung balik cerita pasal jaulah kali ni.

Kami semua masuk lebih kurang pukul 11 camtu lah, pastu keluaq dalam pukul 4 lebih (maghrib)..haha,lama gileesss..masuk saja pon ambil masa dalam 3 jam lebih dah. Alhamdulillah, kali ni aku berkesempatan untuk sampai ke puncak kat Petra nih..waaaah,memang cantik ~ rugi kalau sapa tak naik kat atas tuh (siap nampak Malaysia g..hehe) tapi memang macam nak terlucut ja lutut aku..haha, tapi yang stylonya ada jugak pendaki2 akhawat Mu'tah yang berjaya naik sampai atas..waah,tahniah2 !! hampa kuat padat~ ^_^ akhawat pon boleh naik sampai atas,malu la kalau ada syabab yang tak larat naik..kan2?hehe..ermm,apa-apa pun tempat ni memang style, binaan-binaan zaman dulu, aku terpikiaq jugak orang-orang zaman dulu guna alat apa untuk potong batu-batu tu, pastu siap ngan ukiran-ukiran yang style lagi. bukan senang kot nak wat semua tu~ dahla banyak pulak tuh..wow,hebat2 jugak orang dulu, pemikiran yang sungguh kreatif ! tabik springg~~


Petra (Greek "Πέτρα" (Petra) yang bermaksud batu;Bahasa Arab: [( البتراء) Al-Batra] merupakan bandar arkeologi yang bersejarah dalam kerajaan Ma'an, Jordan yang mempunyai seni bina batu potong dan sistem saliran air. Ia ditubuhkan beberapa ketika di sekitar kurun ke-6 SM sebagai ibu kota Nabataens, ia adalah simbol pelancongan dan tempat tarikan yang paling kerapdilawati di Jordan. Ia terletak di lereng Gunung Hor, antara gunung yang membentuk sayap timur Arabah (Wadi Araba), lembah besar yang terletak di Laut Mati ke Teluk Aqaba.

Petra telah dipilih sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Baru Dunia padan tahun 2007 dan sebagai Tapak Warisan Dunia sejak tahun 1985. Petra telah dipilih juga oleh BBC sebagai salah satu "40 tempat-tempat yang anda perlu lihat sebelum kamu mati"

Tapak ini masih tidak diketahui oleh dunia Barat sehingga 1812, apabila ia diperkenalkan oleh Swiss explorer Johann Ludwig Burckhardt. Ia telah digambarkan sebagai "Bandar setengah merah seperti bunga mawar mengikut peredaran masa" oleh John William Burgon dalam Newdigate yang memenangi hadiah sonet.

UNESCO telah menggambarkan Petra sebagai "salah satu daripada khazanah yang paling berharga dlaam warisan kebudayaan manusia"


Bersama pak arab, aku minat tengok dia punya pisau yang selit kat pinggang dia tu,
pastu aku mintak la kat dia nak ambil, tengok2 tu pisau mainan ja..hahaha ! kantoi teruih~

Kuda dok couple,hehe..sebelah tu arab mana tah,minat tengok baby arab,cute !
yang gambaq bawah tu Petra time dah masuk maghrib,cntik kan?

Berada di puncak..yeeeaah :)

Di puncak..seberang tu Malaysia,hahaha..

Terima kasih sudi baca......ziarah la lagi ye blog nih!! ^_~

Tuesday, January 24, 2012

Jaulah ^_^ (Umm Qaisy)

Assalamualaikum..alhamdulillah atas semua nikmat yang Allah kurniakan kepada aku lagi. Sambungan jaulah aku bersama Permata, Jordan. Tempat ketiga pulak UMM QAISY, Subhanallah cantik gileess tempat ni, aku rasa tenang gila time dok tempat ni. Suasana yang sungguh cantik, nyaman, dengan banyaknya tumbuh-tumbuhan hijau. Diikutkan cerita yang aku dengar tempat ini mempunyai sebuah tasik yang dinamakan Tasik Tobari. Tasik ni jadi rebutan 3 buah negara kat kawasan tu Jordan, Israel dan Syria. Tasik ni jugak dijadikan sumber bekalan utama masyarakat2 yang ada kat kawasan tu, bekalan minuman, tanaman dan ternakan. Kawasan ni memang subur giless..

Umm Qaisy menurut sejarah dikenali sebagai Gadara merupakan Decapolis (salah satu daripada himpunan 10 buah kota dan himpunan kota ini adalah bebas walaupun di bawah pemerintahan Roman) Greco-Roman yang unik lantaran pernah dikuasai empat kuasa besar dimulai oleh Greek
seterusnya Roman , Byzantine dan akhirnya empayar Uthmaniyyah. Kedudukan Umm Qaisy yang strategik kerana terletak di hujung Jordan yang dikelilingi Sungai Yarmouk di utara, hutan berbukit 'Ajlun di selatannya, dataran tinggi Irbid di timur dan lembah Jordan yang subur di baratnya menarik perhatian banyak kuasa.

Umm Qaisy telah terjejas kesan daripada gempa bumi yang kuat suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, kesan tinggalannya masih mampu memberi pengajaran dan memaparkan kehebatan umat pada zaman dahulu yang mampu membina kota yang terbina dengan gahnya. Walau bagaimanapun banyak iktibar yang dapat kita ambil hasil penjelajahan ini dimana Allah SWT telah menunjukkan kepada kita bahawa sehebat manapun kaum itu atau sekukuh manapun binaannya Allah hanya menghantar gegaran yang sedikit sahaja sudah mampu menggoyahkan kekukuhan binaan yang diagung-agungkan dan melunturkan keegoan mereka.






Terima kasih sudi baca......ziarah la lagi ye blog nih!! ^_~

Monday, January 23, 2012

Jaulah ^_^ ('Ajlun)


Assalamualaikum..alhamdulillah,ni sambungan cerita jaulah yang aku pi ritu, tempat kedua yang kami lawati. Tapi kami tak dan (tak sempat) nak masuk pun dalam kubu pertahanan ni, sebabnya tidak cukup masa untuk kami lawat tempat selepas tu iaitu Umm Qaisy..Insyaallah lepas ni aku cerita pasal Umm Qaisy pulak..^^

Ajlun merupakan sebuah muhafazah (negeri) yang terletak di utara negara Jordan. Negeri ini bersempadan dengan muhafazah Irbid dan Jerash. 'Ajlun terdapat sebuah kota pertahanan yang kekal kukuh dikenali dengan Qala'ah Ar-Rabad. Ia terletak di sebuah puncak bukit, 5km dari pusat bandar Ajlun.

Sejarah Kota Ar-Rabad

Kota ini telah dibina oleh Panglima Izzudin Usamah merupakan anak saudara kepada Panglima Sallehuddin Al-Ayubi. Izzudin Usamah terkenal sebagai pemimpin yang hebat disebabkan beliau berjaya menguasai jalan perdagangan antara Syria hingga selatan negara Jordan pada ketika itu. Tujuan kota Ar-Rabad ini dibina ialah untuk mengintip pergerakan tentera salib dan sebagai kota yang berfungsi sebagai penguasa terhadap lombong-lombong besi yang terdapat di pergunungan 'Ajlun.

Al-Malik Adil telah mengambil alih kota ini di antara tahun 1198 hingga 1218. Kemudian ini diperintah pula oleh Muazzam Isa dan beliau menambah sebuah lagi menara di bahagian barat daya kota pada tahun 611 hijrah. Selepas perang salib sebahagian kota ini telah roboh dan dimusnahkan oleh tentera Mongol sekitar tahun 1260 masihi. Namun ia dibina smula ketika zaman pemerintahan kerajaan Mamluk oleh Sultan Zahir Baibar.

Pada abad ke-17, kota ini dijadikan penempatan tentera oleh kerajaan Turki Uthmaniah dan kini kerajaan Jordan telah membelanjakan wang yang banyak untuk membaik pulih kota ini dan menjadikan ia sebagai salah satu lokasi sejarah utama di Jordan..




Terima kasih sudi baca......ziarah la lagi ye blog nih!! ^_~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@Hakmilik AMIR
Copyright Reserve by Amir Mohd Akram