Jom Chat !

Detik 9 September 2011

9hb September 2011..tarikh yang penting bagi aku dan tarikh yang xkan ku lupakan sampai bila-bila sebabnya aku terpaksa tinggalkan mak, ayah dan adik-beradikku yang lain. First time aku berjauhan ngan family beribu-ribu batu T_T ermm..pada awal pagi 9hb ni (time subuh), ayah aku masih dan (sempat) untuk membuat majlis doa selamat untukku di masjid dan selepas selesai semuanya, jemaah2 masjid terus kerumahku untuk sarapan. Tepat jam 9pagi, berkumandanglah azan kat depan pintu rumah aku untuk menyambut keberangkatanku ke bumi Jordan ni..(memang dah rasa sayu dah time ni, tapi aku masih bertahan) Aku dan family tiba di depan Masjid Zahir, Alor Setar jam 9 lebih, tempat semua student yang akan ke Jordan dari negeri Kedah dan Pulau Pinang berkumpul…


Lepas 2 jam dari tu, bermulalah saat2 yang paling sedih, saat untuk berpisah dengan keluarga..First aku salam dengan saudara2, sepupu2, kawan2 dan lepas tu aku terus salam ngan adik aku (Akmal), ermm..time ni la,Akmal dah start teriyak (nangis), adusss..tahan ja la coz aku dah janji di rumah ngan mak dan ayah yang aku xkan teriyak time nak p tu (klu aku teriyak, mesti banjir truih! hehe)..lpas tu, kakak aku..aku masih ingat time aku salam kakak aku n dia sempat kata kat aku dan tumbuk2 dada aku sambil teriyak “amir xyah pi la” alaa..serius sedih~ -,- aku dahla rapat ngan kakak..erm, n then aku salam ngan mak dan ayah aku, memang agak berat lah cerita dy..kalau sapa perasan muka aku dah lain time ni (teriyak dalam hati). Ketikaku salam dengan ayah, ayah terus menerus bagi kata-kata semangat kat aku, mak pon sama gak..dah habis salam semua aku terus masuk ke dalam bas untuk bertolak ke KLIA, time aku dok dalam bas tu, Akmal hantar mesej kepadaku “Amir,turun sat..ceq nak peluk amir sekali g..last” aduuh -,- aku pon turun sekali lagi dan peluk2 dengan familyku wat kali terakhir sebelum aku ke sini.. T_T

Time dalam bas ayah dan (sempat) hantar mesej dan mesej tu masih ku simpan..cmni bunyinya “Hati ibuayah mana yang xsedih bila berjauhan dengan anak2 kesayangan, tapi demi ilmu dan masa depan anak2 ibuayah tetap rela. So you all must concerntrate and think your future”,“Andai ilmu yang kau cari, pasti itu yang kau akan dapat. Kalau lain yang kau cari lainlah yang akan kau dapat. Al ilmu Nur..Cerah hari muka mu” dan satu lagi mesejnya ketikaku berada di KLIA “Terasa sunyi sepi rumah ini bila seorang demi seorang anak2 ayah pergi menuntut ilmu yang akan menentukan masa depan kalian. Berjihadlah anak2ku, ayah bonda iringkan doa restu agar kalian Berjaya dan Berjaya” ermm..camni lah mesejnya, sebak dan pilu gila hati aku time baca mesej-mesej nih..terima kasih ayah, mak ! ceq sayang sangat2 kat mak ngan ayah..>.<


Alhamdulillah, selepas asar gitu lah kami tiba di KLIA, tak lama selepas tu kami terus check-in dan masuk ke dalam flight. Pukul 10.10p.m kami meninggalkan bumi Malaysia dengan menaiki flight Royal Jordanian, transit selama sejam di Bangkok. Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya jatuhkan kaki kami di bumi para Anbiya’ nih (Jordan) lebih kurang time subuh gitu lah..
Hermm..camni lah saat-saat aku kena berpisah ngan family aku, rasanya macam baru sangat ja aku tinggalkan depa, macam baru kelmarin ja aku tolong mak aku masak kat dapur, ikut ayah aku p jalan-jalan, tolong kakak aku kemas rumah, pi ambil adik aku kat asrama, pi ambil kakak kat KUIN, tolong ayah kat kebun, menebas dusun, makan-makan ngan family, kelah..hurmm,semuanya dah xde dah kat sini,..T_T tak caya la pulak dah masuk 5 bulan dah aku kat sini..huhu..apa-apa pon, ceq doakan mak, ayah and semua sihat2 belako deh, doa kat ceq sma nah~ ^_^

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

2 comments:

-imah- said...

sgt sedih cerite nie,, tpi demi menuntut ilmu terpaksa tabahkan hati, teguhkan semangat...dimana ada kemahuan disit ada jalan...

peRmaTa_ aGamA said...

bittaufiq wal najah dlm setiap urusan..=)

~ sharing is caring..(^_~) ~

Like?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers