Jom Chat !

Jaulah ^_^ (Jerash)

Assalamualaikum..alhamdulillah, selesai jaulah aku bersama sahabat-sahabat keluarga Permata Jordan ke tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Jordan nih..ermm,letih tapi memang seronok, banyak jugak lah tempat yang aku lawati. Jerash, Ajlun, Umm Qaisy, Wadi Musa, Petra dan tempat last sekali kat Aqobah..:) banyak x? hehe..bayaran pon tak la mahal sangat, 28jd, kalau tukaq kepada duit Malaysia lebih kurang dalam RM125 camtu lah..Pergh ! memang aku kagum la binaan-binaan zaman dulu, unik ! kreatif ! ^^ Kali ni aku nak cita tempat pertama yang kami pi dulu k..JERASH

Ni serba sedikit sejarah tentang Jerash, tahun 63 sebelum masihi, Jerash dikuasai oleh Jeneral Pompeli dari Rum Timur yang menukar nama Jerash kepada Gerasa. Pada detik 636 masihi merupakan detik dimana Islam menguasai Jerash dan kegemilangannya ternyata pada zaman Umawiah. Ia terkenal sebagai lombong perak dan gangsa disamping kawasan industry tembikar.

Antara binaan yang kekal ialah masjid Umawiah Jerash antara masjid tertua di Jordan. Pada zaman Turki Uthmaniah Bandar ini dipelihara dan masjid telah didirikan. Jerash telah menjadi daerah di bawah kerajaan Jordan dengan mandate British (Trans-Jordan) sehinggalah Jordan mencapai kemerdekaan pada tahun 1946. Jerash menjadi sebuah tapak arkeologi utama di Jordan.

Haaaa..ni la serba sedikit sejarah tentang Jerash iaitu tempat pertama aku dan sahabat-sahabat seperjuanganku lawati time jaulah ni. Insyaallah lepas ni aku cerita tempat-tempat lain lagi yang menarik kat Jordan yang dah aku pi..Sekian~




SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Like?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers