
Normalisasi Mukaddimah Zina & Promosi Zina
Satanic Symbolism
Perancangan mereka sememangnya sangat bahaya untuk aqidah dan akhlak muslim, Anda sendiri boleh rujuk protokol-protokol mereka bagaimana mereka merosakkan manusia sejagat serta mengambil tampuk pemerintahan dunia berteraskan nafsu dan berjiwa syaitan. Jika anda duduk sahaja tanpa ada rasa ingin bermujahadah menentang musuh yang nyata ini, anda telah melakukan kesilapan yang besar. Saya hanya mampu menasihati dan memberi cara menyedarkan kita dari tipu daya musuh. Pilihan ditangan kita.Horus adalah dewa Mesir popular yang adalah anak dari Osiris dan Isis. Osiris dan Horus berdua dewa matahri. Osiris adalah matahari terbenam, Horus matahari terbit. Firaun itu dianggap sebagai inkarnasi dari Horus (juga dikenali sebagai "Amen-Ra,"dewa matahari). Kisah Horus boleh dijumpai dalam "Buku Orang Mati Mesir (juga dikenali sebagai" "Papyrus Ani) ditulis lebih daripada 3,000 tahun sebelum kelahiran Yesus.
Acara Untuk Mengalih Pandang
Perlu kita ingat, menganjurkan acara bertaraf dunia secara besar-besaran ini adalah salah satu dari cara puak ini untuk mengalih pandangan masyarakat dari isu-isu penting umat selain memberi mereka masa yang sesuai untuk menyusun dan menjalankan aktiviti mereka. Dengan cara melekakan masyarakat dunia, mereka boleh bergerak tanpa ada siapa yang sedar aktiviti penting mereka.
Persoalan,
1. Apa yang sedang terjadi di Semenanjung Gaza, Bosnia, masyarakat sunnah di Iraq sekarang ini?
2. Apakah anda tahu pertemuan-pertemuan sulit mereka diatur pada waktu ini?
3. Apa anda tahu, kewangan mereka kembali kukuh dengan adanya acara sebegini?
4. Apa anda tahu, berapa ramai muslim tidak lagi punya rasa marah walaupun di dalam hati apabila melihat wanita separuh bogel melompat-lompat dihadapan mereka?
Jawapan yang mudah, sebilangan besar dari kita tidak tahu sebahagian dari jawapan kepada persoalan di atas. Inilah peranan media mereka dan kotak sihir mereka, iaitu televisyen. Media sekarang ini sama ada yang benar-benar berperanan untuk mengalihkan pandangan atau mereka yang secara tidak sengaja turut mengalihkan pandangan masyarakat dunia kini sedang aktif mengeluarkan isu-isu berkaitan bola. Secara logikalnya, adakah 'bola sepak' tiba-tiba' boleh menjadi isu terbesar dan terpenting untuk dunia? bukankah isu yang agak penting sekarang ini adalah isu kejatuhan ekonomi dan isu flotilla (walaupun ini termasuk dalam perancangan mereka)? Ini bagi saya sesuatu yang janggal dan sangat mustahil. Anda boleh lihat contoh berkaitan media control & mind control:
Semalam ramai yang marah dan sangat emosi bila media mengeluarkan isu serangan israel terhadap flotilla. Dua hari kemudian, muka-muka yang marah ini tadi bersorak kegembiraan apabila terasminya piala dunia 2010.
Ini contoh yang sangat mudah bagaimana mereka mengawal emosi masyarakat dunia. Sungguh licik dan berperancangan. Renung-renungkanlah.
Penghinaan Terhormat Untuk Bangsa Arab
Menurut pemerhatian saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang sekarang berada di negara Arab, pelbagai cara yang digunakan oleh mereka dalam mengheret masyarakat sivil dan pemimpin arab dalam suatu lembah yang dilihat mundur lagi hina.
Kalau sebelum ini, kita tahu bahawa bangsa Arab Islam adalah bangsa yang apabila disebut nama mereka, mereka itu dikalangan orang-orang baik. Ya, ini memang pernah berlaku. Tetapi setelah lama penjajahan psikologi berlaku masyarakat arab kini seolah tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang dihina secara terhormat. Apa yang dimaksudkan dengan penghinaan secara terhormat? Ia memberi maksud, bagaimana pihak musuh melakukan perancangan yang teliti dan jinak dalam mengubah culture masyarakat arab dari yang benar-benar berprinsip sehingga budaya ikut-ikutan dan menjijikkan. Bagi saya, Arab itu tidak sesuai dengan perangai yang buruk kerana mereka lebih dahulu menerima Islam dari kita.
Jika anda pernah ke negara-negara timur tengah, bukalah kotak sihir yang ada. Kotak sihir yang saya maksudkan ialah Televisyen. Begitu hinanya masyarakat arab ini dipertontonkan kepada bangsa mereka sendiri. Menjadi pelik apabila mereka masih dalam keadaan biasa dan statik apabila bangasa mereka dipertontonkan seperti itu. Saya sarankan untuk anda tonton siri The Arrivals yang mengisahkan bagaimana industri perfileman mereka berusaha untuk melakukan aktiviti penghinaan ini dan kemudian , mari kita lihat video promo Piala Dunia 2010 ini.
Pesanan Ikhlas
Menjadi ummah yang punya kekuatan dari sudut fizikal dan mental itu sangat dituntut oleh Islam, dan keselarasan kedua-dua elemen tersebut perlu betul-betul seimbangan. Muslim yang sebenar akan berasa marah apabila ada pihak yang cuba untuk menodai ketinggian dan keluhuran maruah manusia yang dimuliakan oleh Islam. Saya risau jika ada dikalangan umat Islam hari ini yang masih boleh tersenyum apabila melihat maksiat dihadapan matanya.
Nabi s.a.w bersabda:
وعن أبي سعيد الخدري -رضى الله عنه- قال: سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: من رأى منكم منكرا، فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان - رواه مسلم .
Ertinya: “Sesiapa sahaja di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan lidahnya dan jika dia tidak mampu (walau hanya dengan lidah), maka ubahlah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman”. Hadis riwayat Muslim
0 comments:
Post a Comment