Jom Chat !

FIFA 2010

Demam piala dunia menjengah. Sukan yang memiliki fenomena tersendiri ini menyeret hampir seluruh umat manusia dunia untuk turut menyibukkan diri dengannya.
Segala isu yang menjadi perbincangan hangat sebelumnya lesap begitu saja dibakar bahang panas piala dunia. Sebut saja apa isunya, ia tidak akan mampu memadamkan marak bahang panas Sang Piala.

Walaupun begitu, masih ada beberapa faedah yang boleh kita kongsikan bersama melalui sukan berprestij ini. Antaranya, berkenaan lagu temanya, Waving Flag.

Lagu puisi ini ialah tentang keadilan yang belum kesampaian. Tetapi keadilan itu tentu pasti. Sangat pasti. Tipu helah akan kalah satu hari nanti. Kita semua akan diselamatkan. Akan ada penyelamat kembali.

Bahagian Waving Flag yang paling dominan di telinga saya ialah, 'But we struggling, fighting to eat, and we wondering, when we'll be free, so we patiently wait, for that faithful day, it's not far away, but for now we say,'. Ya, kita menanti dengan sabar, hari itu akan tiba, dan ia tidak jauh. Sementara menanti kita akan membesar, membesar dan membesar lalu melawan, melawan dan terus melawan. Bendera itu akan berkibar kelak.

Bendera keadilan dan kesejahteraan.”


Itu kata beliau. Kata saya, piala dunia dan lagunya ini masing-masing punya gabungan makna yang mengajak kita berfikir.

Menariknya, dalam perhimpunan seluruh umat manusia dunia yang mahu menyaksikan sukan gergasi ini, mengingatkan saya tentang alam nanti, alam ketika seluruh umat manusia dikumpulkan.
Di sini, sekali lagi lagu Waving Flag menyampaikan mesej baiknya apabila saya memikirkan bahawa sekalian manusia nantinya akan mengikut bendera-bendera yang masing-masing ketika hidupnya dulu mereka bersungguh-sungguh di dalamnya.




SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Like?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers