Jom Chat !

Kehidupan Rasulullah dengan isteri-isterinya

Allah S.W.T tak ciptakan lelaki yang lebih kuat daripada Nabi S.A.W..Manusia menyangka kekuatan dan kekasaran adalah lambang kelakian. Salah satu sudut penting dalam kehidupan Nabi S.A.W adalah hubungan baginda dengan isteri-isteri dan keluarga. Sabda Rasulullah S.A.W “Yang terbaik antara kamu adalah yang berbuat baik kepada keluarganya dan akulah yang terbaik untuk keluargaku” Dalam riwayat yang lain, ‘’Yang terbaik antara kamu adalah yang berbuat baik kepada isterinya dan akulah yang terbaik buat keluargaku.”

Wanita ibarat cahaya lelaki dambaan lelaki, Tanpanya lelaki akan hidup dalam kegelapan...

Jika kita bercakap tentang romantik, cinta atau emosi..Jika kita lihat kepada hidup Nabi S.A.W. kita akan dapati bahawa baginda adalah insan yang paling lembut, baik hati, terbaik dan sangat pemurah dalam setiap urusan hidup baginda. Jika nak cari tentang cinta dan kesetiaan, kita akan menemui cinta baginda S.A.W kepada Khadijah. Demi kesetiaan dan cinta, baginda sanggup menyembelih seekor kambing dan bersabda: “ Ambillah sembelihan ini dan bahagikannya kepada sahabat-sahabat Khadijah.” Sekarang, siapa lagi yang fikirkan tentang sahabat-sahabat isteri?

Kajian membuktikan suami yang mengucupi isterinya setiap pagi hidup lebih lama daripada mereka yang tidak melakukannya..

Manusia mungkin membayangkan Nabi S.A.W yang fasih bercakap dan berkeyakinan tinggi. Orang yang duduk di sebelah baginda seolah-olah ada burung atas kepala mereka. Salah seorang sahabat membayangkan ini lalu pergi kepada Aisyah dan bertanya “Bagaimana kelakuan kau bila bersama dengan Rasulullah?” “Ketika kami bersama baginda, kami tak sanggup melihat terus ke mata baginda.”

Aisyah menjawab: “Di rumah,baginda seperti kami semua. Baginda bergurau senda, makan dengan kami dan bersihkan rumah.” Sekarang ini, adakah lelaki antara kita yang sanggup menyapu lantai rumah? Kadangkala, apabila lelaki meminta membersihkan rumah atau tandas, ia dianggap sebagai menjatuhkan kelakiannya. Nabi S.A.W pernah membersihkan rumah. Baginda juga menjahit pakaiannya. Baginda menampal pakaiannya dan mengikat sarung pedangnya. Aisyah RA berkata: “Selagi belum azan, seolah-olah kami tak tahu baginda ada.”

Wanita yang membawa lelaki kepada kebahagian

Bila Nabi S.A.W duduk bersama isterinya, baginda akan tunaikan haknya. Baginda menghias diri untuk mereka dengan penuh kelembutan. Baginda akan bergurau dengan isteri-isterinya. Diriwayatkan bahawa baginda pernah keluar berlumba berkali-kali dengan Aisyah.

Jika hendak berbicara tentang keindahan cinta, renungilah kehidupan Rasulullah S.A.W..

Ini bukannya cerita yang jarang berlaku dalam hidup Nabi S.A.W. Orang mungkin katakan peristiwa itu hanya berlaku beberapa kali saja. Beginilah seluruh kehidupan perkahwinan baginda. Ketika hari perjanjian Hudaibiah ditermeterai, ketika Nabi S.A.W nak pulang, para sahabat sangat sedih dan begitu juga baginda kerana sahabat tak dengar katanya. Isterinya, Ummu Salamah berkata: “Wahai Rasulullah,kenapa kau sedih?” Baginda menjawab: “Sahabatku buat itu dan ini” Beliau berkata: “Janganlah pedulikan mereka, Rasulullah.” “Keluar dan sembelihlah haiwan kemudian cukurlah kepalamu nescaya mereka akan ikut.” Nabi S.A.W menuruti pandangan Ummu Salamah itu dan ia direkodkan dalam sejarah bahawa Muhammad Bin Abdullah yang menerima wahyu, manusia paling bijaksana dan lemah lembut menuruti pendapat isterinya dalam keadaan tertentu. Nabi S.A.W takkan keluar bermusafir melainkan ditemani salah seorang isterinya. Baginda akan membuat undi menentukan siapa yang akan menemaninya. Ketika menunaikan haji wada’ , baginda membawa semua isterinya bersama-sama. Nabi S.A.W tak pernah menganggap bahawa wanita sebagai beban. Suatu masa, salah seorang isteri Nabi, dikatakan isteri itu adalah Safiyyah, beliau nak menaiki unta tapi tak berjaya. Lalu Rasulullah merendahkan diri baginda dan menawarkan lututnya untuk membolehkan beliau naik ke belakang unta tersebut. Kita boleh bandingkan situasi ini dengan membuka pintu kereta untuk isteri. Siapa yang rela hati tolong bukakan pintu untuk isterinya pada hari ini dengan beranggapan bahawa ia adalah demi mengangkat sunnah nabi?

Peratus wanita di dunia yang didera oleh suami mereka ialah antara 50%-60%

Dalam riwayat-riwayat hidup Nabi S.A.W, baginda tak pernah walau sekalipun memukul wanita sepanjang hidupnya. Hari ini, jika seseorang anggap dirinya lelaki lalu memukul wanita dia akan merasakan dirinya kuat. Katakan kepadanya, lelaki yang seribu kali lebih ‘lelaki’ dari kau, Nabi S.A.W tak pernah mengangkat tangannya ke muka wanita. Bagindalah insan yang sempurna. Jadi jika ada lelaki yang mengangkat tangannya untuk memukul isteri kelakiannya malahan semakin tercalar. Lelaki yang ingin mencontohi kelakian Nabi S.A.W, bagindalah seorang yang mengambil berat, sabar, penyayang, sentiasa tersenyum jika berjumpa ahli keluarganya. Inilah insan yang sempurna. Nabi S.A.W ketua segala lelaki, risaukan kaum wanita. Ini adalah pesanan buat semua wanita “Nabi S.A.W sangat mengasihani kalian berbanding kaum lain di dunia ini”

Antara amanat terakhir baginda sebelum wafat adalah mengingatkan kita tentang solat kemudian baginda bersabda: “Pertahankan wanita dan berbuat baiklah dengan mereka”

Inilah lambang kehebatan Nabi S.A.W “Lelaki terbaik antara kamu adalah yang berbuat baik dengan ahli keluarganya dan aku adalah yang terbaik untuk keluargaku” Jika anda nak berada dekat dan disayangi oleh Rasulullah, bergaullah dengan isteri anda dengan pergaulan yang baik. Bersabar, berlembut dan bermesra dengan mereka. Berbuat baiklah dengan menunaikan hak-hak mereka. Inilah yang akan membawa anda lebih dekat dengan Rasulullah kerana cuba mencontohi baginda dan ini akan melayakkan anda mendapat tempat berdekatan dengan kolam baginda di hari kiamat kelak..InsyaALLAH

Allah berfirman: Katakanlah: “Jika kamu benar-benar cintai Allah, ikutilah aku, Nescaya Allah akan mengasihimu. (Ali-Imran : 31)

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Like?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers