Jom Chat !

Renung2kan~

Allah telah menjadikan manusia

Berpasang-pasangan.

Malam pasangannya malam,

Jaga pasangannya tidur,

Rajin pasangannya malas dan

Lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah

Pasangan kepada lelaki,

Maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita

Itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,

Maka ia ada hubung kait dengan nafsu.

Jika ia ada hubung kait dengan nafsu,

Ia ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal

Dengan iman.

Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah

Allah dan RasulNya dan menjauhi

LaranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.

Simbol apa, semua orang tahu.

Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika

Tidak dikawal dengan iman.

Maka mata lelaki ini selalu menjalar

Apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang

Perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki

Dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.

Apabila seorang lelaki terlihat seorang

Perempuan, maka perkara pertama yang akan

Dilihatnya ialah

Rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai-bagai cara oleh

Seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup

Rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka

Mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat

Bentuk lehernya,

Maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi

Melihat bentuk payudaranya,

Maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk

Payudaranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan

Turun lagi melihat

Bentuk ramping pinggangnya,

Maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak

Bentuk pinggangnya,

Maka mata lelaki itu akan melihat pula akan

Bentuk punggungya,

Maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya

Agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan

Lelaki itu akan pula melihat

Bentuk pahanya,

Maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain

Yang agak ketat sehingga terlihat bentuk

Pahanya walau sedikit,

Maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan

Bentuk kakinya pula,

Maka janganlah wanita itu berseluar, kerana

Terus-terang pihak lelaki bercakap, walau

Muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,

Jika beliau memakai seluar, walau nampak besar

Sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara

Sepontan, entah tak tahu kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak

Akan bentuk kakinya,

Maka akan dilihatnya pula akan mata lelaki itu

Kepada

Kakinya,

Maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki

Itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan

Melabuhkan kain,atau memakai stokinnya warnanya

Jangan sesekali berwarna kulit perempuan,

Maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,

Akan melihat pula

Bentuk tangan wanita itu,

Maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkah

Tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada

Pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,

Janganlah pula kamu melihat mukanya,

Kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika

Kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.

Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang

Cantik akan menimbulkan fitnah,

Maka berpurdahlah kamu,

Jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis

Penyakit, iaitu mata

Lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika

Ia terlihat

Warna yang menyerlah atau terang

Jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan

Memakai pakaian yang warnanya terang-terangan

Sangat.

Jika hendak pakaipun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu

Apakah dia mata lelaki itu, dan perlu

Diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,

Jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah

Pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing,

Jangan keluar seorang-seorang, keluarlah dengan

Mahram, atau keluarlah sekurang-kurangnya tiga wanita agar

Tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula

Janganlah menjalar langsung kepada muslimah,

Walau muslimah itu telah menutup aurat,

InsyaAllah selamat dunia akhirat. Seperti firman Allah, “Dan tundukkanlah pandangamu dan jagalah kemaluanmu”.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,

Sehingga setaraf seseorang yang memakai tudung

Masih beliau tidak menututp aurat, dan pada kaum

Lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak

Mencuri-curi melihat wanita muslimah, kerana ia

Dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri

Seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah


SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Like?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers